Showing posts with label SYABAS. Show all posts
Showing posts with label SYABAS. Show all posts

Tuesday, April 6, 2010

This is Good Reading...More Water Stories

KENYATAAN MEDIA

06 APRIL, 2009 (SELASA)



PENDUDUK DIKEJAR, PEMAJU DILEPASKAN.





Saya kerap mendapat aduan dari penduduk pangsapuri yang telah dipotong bekalan air oleh Syabas kerana terdapat bil-bil yang tertunggak. Kadang kala ianya berlaku bukan akibat dari kesalahan penduduk semata-mata kerana bil-bil tersebut adalah yang ditinggalkan oleh pemaju.



Apabila penduduk mengambil alih pentadbiran pangsapuri mereka seperti dengan penubuhan JMB, mereka kadang kala menerima bil air tertunggak yang tidak dibayar oleh pemaju. Penduduk pula tidak dibenarkan membuka akaun baru dengan Syabas sehingga bil tertunggak itu dibayar sepenuhnya.



Terdapat penduduk yang mendapat bil berpuluh-puluh ribu ringgit dan bekalan air mereka akan dipotong jika mereka tidak membayar bil itu.Syabas sepatutnya menuntut bil tersebut dari pemaju bukan dari penduduk. Penduduk pula mesti dibenarkan membuka akaun yang baru.

Mungkin penduduk juga bersalah kerana tidak membayar air yang diguna kepada pemaju dan pemaju seterusnya tidak membayar kepada Syabas. Tetapi pemaju juga bersalah kerana gagal memungut hutang dari penduduk.



Syabas patut membawa pemaju ke mahkamah untuk menuntut hutang dari mereka. Pemaju pula akan menuntut hutang dari penduduk. Ini adalah lebih adil kerana mereka yang selama ini membayar bil-bil air mereka tidak akan dihukum dengan pemotongan bekalan air. Tambahan pula jika bil yang dituntut itu termasuk air yang digunakan oleh pemaju dan bukan oleh penduduk semata-mata. Rekod-rekod adalah pada pemaju maka penduduk akan terus teraniaya.



Pertukaran dari meter pukal ke meter individu atau migrasi pula akan melihat pemotongan bekalan hanya untuk mereka yang tidak membayar bil-bil mereka. Ini adalah lebih adil tetapi proses migrasi ini adalah terlalu lambat. Masih beribu-ribu penghuni perumahan berstrata masih menunggu migrasi dilakukan oleh Syabas. Migrasi ini juga membolehkan penduduk mendapat air percuma di bawah skim Merakyatkan Ekonomi Selangor atau MES.



Kerajaan negeri telah mencadangkan kepada Syabas agar tunggakan di meter pukal tidak perlu dibayar sekali gus jika penduduk mahu membuat migrasi. Penduduk mesti dibolehkan membayar secara ansuran.

Walau bagaimanapun jika bil-bil tunggakan ini dari ketika pangsapuri itu diuruskan oleh pemaju, Syabas mesti menuntut dari pemaju bukan dari penduduk dan membenarkan penduduk membuka akaun-akaun baru untuk meter individu mereka.



Syabas sekarang dilihat takut untuk menuntut bil-bil dari pemaju dan menuntut dari penduduk kerana penduduk boleh diugut dengan pemotogan bekalan dan mereka tidak mempunyai kemampuan untuk membawa kes mereka ke mahkamah.





Iskandar A. Samad
Exco/Pengerusi Jawatankuasa Tetap
Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan
Negeri Selangor
6 April 2010

Wednesday, August 12, 2009

An Interesting Comment - SYABAS Water Migration Exercise

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd
Encik Mohd Azmi Md Nasir
Pengarah Wilayah Zon Selatan
Bahagian Wilayah



Tuan,

Kami merujuk kepada taklimat pada 12 hb August 2009 berkenaan prosedur pemindahan meter air di mana wakil wakil semua Goodyear Court 1-10 ada hadir bersama untuk mendengar dan memberi pandangan masing masing.

Pada pandangan kami kebanyakkan keperluan Syabas boleh di penuhi oleh ramai pengguna penguna (pemilik apartment) tanpa masaalah besar..

Tetapi sekira Syabas hendak menunggu hanya akan dapat memulakan proses migration apabila hanya semua atau hampir semua pemilik memenuhi semua syarat syarat Syabas pada pendapat saya ada lah tidak praktikal dan tidak menasabah dan akan memakan masa yang amat panjang dan hanya akan memaksa pihak pihak seperti MC dan "Service Provider" membuat kerja kerja yang tidak produktiv dan membuang masa semua pihak..

Sekira Syabas serius untuk memain peranan proaktif dalam Migration Process ini sepatutnya ia di implemantasikan secara berkelompok. Saya tidak nampak apa masaalah sebenarnya dari pihak Syabas melainkan hanya secara administrativ sahaja. Sekira ada masaalah masaalah yang releven saya harap Syabas dapat lah kemukakan kepada kami supaya dapat kita besama mengatasinya untuk keuntungan semua pihak.

Kami harap Syabas dapat menjalankan migration process ini secara berkelompok untuk mengelak persepsi pemilek pemilek bahawa Syabas sengaja hendak melengah lengahkan process migration ini semata semata untuk terus megutip hasil atas "commercial rate" selama lama yang boleh.

Sekian, terima kaseh.

Tuesday, June 3, 2008

Water Issues

A forum between residents of Pandan and Ampang was held between Syabas on 10 May 08 at MPAJ office. Present was YB Iskandar Exco for Housing. CAHC was represented by Datuk Karim and Sazali Hashim.
1. Selangor government has been asked to legislate the migration of water meters and billing i.e make it mandatory for SYABAS to read and bill the meters individually, without going thorough a third party.

2, Third party should be eliminated i.e the management. SYABAS also said that many apartments and condos have not submitted their request for migration. AND they also found out that though residents have signed up for migration, the developer or the management did not submit the forms to SYABAS. One example was a developer in Puchong who admitted not submitting the forms because they do not want the migration.Therefore, residents are asked to check again with the developer. If action was not taken, residents association should take the initiative to do the following: 1. go to the Syabas office in charge of your area and get the necessary forms 2. Residents to fill up the forms, give them back to the Residents Association.

3. RA then submit the forms direct to SYABAS without going through the developerAt the last meeting with SYABAS, they said that the developer should submit the forms, but because developers have not been submitting the forms, RAs can now do it.First check with the developer if they had submitted the forms or not!!!